PROFES Rakan Strategik KWKPK

SELASA, 23 MAC 2021

KUCHING : Keahlian Persatuan Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Sarawak (PROFES) dibuka kepada semua guru,pendidik mahupun pensyarah yang sedang dan pernah berkhidmat di Sarawak atau sudah bersara.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, PROFES telah menjadi rakan strategik kepada kementeriannya menerusi penyelidikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, semenjak ditubuhkan pada tahun 1999.

Katanya, penyelidikan berfokus kepada transformasi menjadikan pendidikan awal kanak-kanak mempunyai kualiti sebelum mendapat pendidikan di peringkat formal.

Hadir sama, Ketua Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak KWKPK, Salina Bujang dan Pengerusi PROFES,Dr. Zulwali Kifli Merawi. -EDISI UKAS

Share

add comment