SABATI Terima 48,000 Pelitup Muka Daripada Duta Besar China

SELASA, 23 MAC 2021

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) pada Isnin menerima sumbangan sebanyak 48,000 pelitup muka daripada Kedutaan Besar China di Kuching.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Konsul Jeneral China di Kuching, Cheng Guangzhong kepada Pengerusi SABATI, Datuk Amar Juma‘ani Tun Tuanku Bujang di pejabatnya, di Wisma Sultan Tengah.

Menurut Cheng Guangzhong dalam ucapannya, sumbangan itu bagi menyokong aktiviti SABATI dalam membantu golongan kurang berkemampuan khususnya yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Semua pihak bertanggungjawab membantu mereka yang memerlukan walaupun hanya satu kes sahaja yang tinggal.

“Rakan-rakan dari China akan terus menyokong Malaysia sepertimana anda menyokong kami dalam bersama-sama melawan pandemik,” katanya.

Hadir sama Ahli-Ahli Tertinggi SABATI iaitu Timbalan Pengerusi, Dato Doreen Mayang, Dato Corinne Masing, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Setiausaha Kehormat, Datin Dr. Zaliha Abdullah, Bendahari, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin dan Ahli Exco, Datin Sri Enn Ong Siok Ean. – EDISI UKAS

Share

add comment