Warga Sarawak Terkandas Di Kuala Lumpur Terus Dibantu

SELASA, 23 MAC 2021

KUALA LUMPUR: Nasib warga Sarawak yang terkandas di Kuala Lumpur telah mendapat simpati daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Malah usaha beliau membantu Ariffin Ribai Empam, Bantan Tandang dan Wilson Dunggat Jumput turut dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Mereka bertiga berasal dari Rantau Panjai Sibu, Sungai Mador, Bintangor dan Sungai Segan, Bintulu.

Susulan daripada itu, Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur turut tampil menyumbang bantuan makanan yang disampaikan pegawainya, Awang Supian Awang Daud pada Isnin.

Mereka dijadualkan mendapat penerbangan balik ke Sarawak pada 27 Mac nanti.

Sementara itu, Ariffin Ribai Empam menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak khususnya Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak, Rumah Sarawak dan Sarawak volunteer yang menghulurkan bantuan kepada mereka disaat sukar ini. -EDISI UKAS

Share

add comment