11 Rumah Di Sebuyau Dibaikpulih Menerusi MRP-PPRMS

RABU, 24 MAC 2021

SEBUYAU: Sebanyak 11 rumah di kawasan Sebuyau telah dikenalpasti bagi dibaikpulih menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) – Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) bagi fasa pertama tahun 2020.

Projek penambahbaikan tersebut akan dilaksanakan sebaik selesai proses mencabut undi.

Sebanyak 22 syarikat dan kontraktor hadir untuk taklimat dan proses cabut undi Projek MRP- PPRMS tersebut.

Pegawai Tadbir Sarawak, Sebuyau, Ajis Ahmad yang mewakili Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim telah mempengerusikan proses cabut undi berkenaan.

Pelaksanaan membaik pulih rumah PPRMS itu mengambil masa selama tiga bulan dengan peruntukan sebanyak RM165,000 dari Ahli Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, seorang wakil kontraktor yang ditemubual merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak kerana telah memberi peluang untuk terlibat dalam projek tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment