1,426 Kotak Air Minuman Diagihkan Kepada Kampung Dan Rumah Panjang Atasi Kekurangan Air Bersih

RABU, 24 MAC 2021

MARUDI: Keadaan cuaca yang panas dan kering pada awal bulan Mac ini telah menyebabkan kawasan Long Terawan, Mulu mengalami kekurangan bekalan air bersih. 

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah  (JPBD) Marudi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marudi telah menghantar bantuan air minuman kepada beberapa buah kampung dan rumah panjang di daerah ini pada Selasa.

Sebanyak 1,426 kotak air minuman bagi keperluan penduduk  telah dihantar ke beberapa buah kampung dan rumah panjang antaranya Long Terawan 744 kotak, SK Baya Malang 14 kotak, Rumah Gerinang, Logan Tasong 116 kotak, Rumah Jipun, Sungai Gaong 112 kotak, Rumah Vincent Tanjung Upar 160 kotak, Rumah Rok Sungai Linei 160 kotak dan Rumah Anthony Sungai Lenei 120 kotak.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan Puyut Lubok Nibung kebanyakan kampung dan rumah panjang masih lagi menggunakan air hujan sebagai sumber air bersih mereka. 

Walaupun adanya sistem paip graviti namun apabila musim kemarau tempat takungan air akan menjadi kotor dan berkurangan. -EDISI UKAS

Share

add comment