ADUN Sebuyau Lawat Projek Dewan Masyarakat Kampung Tebelu

RABU, 24 MAC 2021

SEBUYAU: Dalam usaha memastikan pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan mengikut speksifikasi yang ditetapkan, Menteri Muda Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi melakukan tinjauan ke Dewan Masyarakat Kampung Tebelu.

Dalam lawatan pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu memaklumkan, kos untuk menaik taraf dewan masyarakat tersebut adalah sebanyak RM100,000.

Difahamkan, dewan tersebut masih belum digunakan sepenuhnya kerana masih banyak yang perlu dinaik taraf semula untuk kegunaan orang ramai.

Beliau juga memaklumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membina baharu pusat penjaja di kawasan berkenaan. -EDISI UKAS

Share

add comment