ADUN Tarat Lawat Kebun Para Petani Dan Penternak Di Kawasan Tarat

RABU, 24 MAC 2021

SERIAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah melawat ke kebun-kebun para petani dan tempat ternakan di kawasan Tarat pada Selasa.

Beliau telah mengadakan lawatan ke kebun jambu batu, kopi, nanas, durian, pisang di Kampung Munggu Kopi, tanaman sayuran hidroponik di Kampung Rayang dan tempat ternakan di Kampung Sungai Barie.

Dalam siri lawatan tersebut, para petani dan penternak diberi tunjuk ajar dan nasihat secara ringkas oleh pegawai pertanian dan pegawai veterinar yang terlatih mengenai cara jagaan tanaman dan ternakan mereka.

Pada 18 Mac lepas, ADUN Tarat itu telah melakukan lawatan ke kebun-kebun para petani di Kampung Subang dan Kampung Darul Islam Belimbing.-EDISI UKAS

Share

add comment