Ahli Parlimen Tanjong Manis Sumbang Pelitup Muka Kepada Tujuh Buah Sekolah Rendah Daerah Meradong

RABU, 24 MAC 2021

MERADONG: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab memberikan sumbangan pelitup muka yang berjumlah RM22,920 kepada tujuh buah sekolah rendah di Daerah Meradong pada Selasa.

Sumbangan tersebut yang merupakan inisiatif Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Ir Yusuf telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin dalam majlis ringkas di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong.

Ir Yusuf turut memberikan baucer berjumlah RM24,300.

Selain itu, setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daerah tersebut turut menerima sumbangan RM5,000 bagi menjalankan aktiviti tahunan sekolah.

Sekolah terbabit adalah SK Abg Amin, SK Tanjung Bundong, SK Sg Sian, SK Sg Selidap, SK Mupong, SK Mupong Ulin dan SJK Ming Shing.

Secara keseluruhannya, tujuh buah sekolah rendah di daerah Meradong itu menerima sumbangan berjumlah sebanyak RM 82,220. –EDISI UKAS

Share

add comment