Air Terjun Long Sayan Berpotensi Dijadikan Sebagai Destinasi Pelancongan Di Ulu Baram

RABU, 24 MAC 2021

BARAM: Kawasan Ulu Baram yang terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan mempunyai keindahan alam semulajadi dengan flora dan fauna yang masih belum diterokai dan diketahui umum.

Selain Air Terjun Tekiwit yang kini mulai popular sebagai destinasi pelancongan di Kedaya Telang Usan, satu lagi air terjun yang tidak kurang menariknya untuk dilawati ialah air terjun yang terdapat di kawasan penempatan Kaum Penan di Long Sayan, Baram.

Terletak di Kampung Long Sayan, Ulu Baram, air terjun ini sangat popular di kalangan penduduk tempatan. 

Bagaimanapun, ianya tidak bagi penduduk di luar Ulu Baram kerana kawasan ini kurang diketahui umum. 

Lokasi Air Terjun Long Sayan ini terletak agak jauh dari bandaraya Miri dan untuk sampai ke lokasi tersebut memerlukan kenderaan pacuan 4 roda. 

Dengan keindahan airnya dan disulami dengan flora dan fauna semulajadi, Air Terjun Long Sayan sesuai dijadikan tempat pelancongan menarik di masa akan datang. -EDISI UKAS

Share

add comment