RABU, 24 MAC 2021
LAWAS: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak meneruskan Kempen Kesedaraan Wabak African Swine Fever (ASF) dan Foot and Mouth Disease (FMD) Daerah Lawas 2021 di kawasan Pekan Trusan pada Selasa.
Kempen ini diadakan bagi mengesan penyakit ASF dan FMD sekiranya dikenal pasti di peringkat awal.
Dalam kempen ini, telah diadakan ceramah dan taklimat serta pengedaran risalah berkaitan wabak penyakit tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan meminta penternak melaporkannya sekiranya ternakan mereka bergejala supaya pemeriksaan susulan boleh dilakukan segera.
Di Daerah Lawas, kebanyakannya merupakan penternak persendirian atau kecil-kecilan sama ada menternak khinzir ataupun kerbau dan sapi.
Sehingga kini, hasil pemeriksaan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak tiada yang dilaporkan bergejala mahupun mempunyai simptom ke atas ternakan mereka.
Sepanjang kempen ini diadakan, semua penternak telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak semasa lawatan ke setiap kampung mengikut jadual ditetapkan. -EDISI UKAS