Aktiviti Kebajikan DBD Kuching Sentiasa Diberi Perhatian

RABU, 24 MAC 2021

KUCHING : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak,Dato Sri Fatimah Abdullah pada Selasa mengadakan lawatan ke Desa Bina Diri (DBD) Kuching bagi melihat sendiri keberkesanan aktiviti kebajikan yang dijalankan.

Katanya, setiap penghuni DBD akan dipastikan mempunyai kebajikan terutama kepada mereka yang tidak mempunyai identiti serta kewarganegaraan.

Jelas Dato Fatimah, perkara ini dapat dilakukan melalui kerjasama dengan pihak pendaftaran termasuk Majlis Pembangunan Sosial (MPS) sebagai rakan strategik, dan Jabatan Pertanian menerusi latihan kemahiran dalam pertanian.

Sehubungan dengan itu tambah beliau, pekerja sosial atau kaunselor sangat diperlukan bagi DBD untuk memberi khidmat kaunseling disamping memastikan pemulihan dijalankan secara terancang.

DBD Kuching diwartakan pada November 2014 dibawah akta orang papa 1977, ditubuhkan untuk menjaga, melindung dan memulih orang-orang papa yang diselamatkan bagi melahirkan individu yang produktif dan berkemahiran kearah perubahan sikap yang positif untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

Turut sama dalam lawatan tersebut, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti,Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap KWKPK,Dr. Rasidah Bolhassan, Ketua Bahagian Pemulihan dan Perundangan Jabatan Kebajikan Masyrakat Sarawak, Mohammad Ali Taib serta Setiausaha Eksekutif Majils Pembangunan Sosial,Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah. -EDISI UKAS

Share

add comment