PBB Murum Sumbang Bantuan Makanan Kepada Penduduk Uma Penan, Long Peran

RABU, 24 MAC 2021

BELAGA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Murum telah menyumbang bantuan makanan kepada penduduk Uma Penan, Long Peran yang terjejas susulan arahan sekatan pergerakan (lockdown) di kawasan itu.

Bantuan tersebut disampaikan pada Selasa oleh Ketua Cawangan PBB Murum merangkap Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Michael Mujah Lihan kepada Ketua Kaum Uma Penan Long Peran, MU Duren Luhat.

MU Duren yang tidak melalui proses kuarantin akan mengagihkan sendiri bantuan kepada  penduduk kampung.

Bantuan itu diharap dapat membantu meringankan beban penduduk terbabit. – EDISI UKAS

Share

add comment