PKPD: ADUN Pantai Damai Sumbang Makanan Di Kampung Bintawa

RABU, 24 MAC 2021

KUCHING : Prihatin dengan nasib penduduk di Kampung Bintawa Tengah dan Bintawa Ulu yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi telah turun padang mengagihkan sumbangan makanan kepada penduduk di kampung tersebut pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air) berkata, sumbangan tersebut adalah bagi meringankan beban masyarakat di kampung tersebut.

Makanan basah tersebut adalah sumbangan dari Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Santubong dan Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai.

Perintah Sekatan  Pergerakan  (PKPD) telah dikuatkuasa di Kampung Bintawa Tengah dan Bintawa Ulu bermula 16 sehingga 29 Mac 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment