Program Malaysia Prihatin Galak Rakyat Daftar Vaksin COVID-19

RABU, 24 MAC 2021

MACHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong menghadiri Program Malaysia Prihatin bersama Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang di Dewan Suarah Machan. 

Program pada Selasa itu bertujuan mengalakkan rakyat tampil membuat pendaftaran bagi program vaksinasi serta memberi pendedahan berhubung pendekatan terkini mengenai COVID-19.

Dalam program itu, Allan menasihati penduduk untuk tidak takut mendapatkan suntikan vaksin dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Turut diadakan sesi dialog bersama ketua-ketua kaum di Kanowit untuk membincangkan mengenai isu terbabit di kawasan masing-masing. 

Ketika ditemui krew UKAS, Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Machan, Audery Mancha memberitahu kesemua kakitangan di klinik tersebut sudah melengkapi dua dos vaksin COVID-19 dan menyakinkan bahawa ia selamat bagi melindungi  masyarakat daripada ancaman wabak itu.

“Kami semua tidak mengalami apa-apa kesan sampingan, vaksin itu memang selamat dan patut digunakan untuk semua,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kanowit Katherine Lalai.-EDISI UKAS

Share

add comment