RM128,000 Peruntukan MRP Dan UNIFOR Diagihkan Kepada JKKK Dan Gereja Dalam DUN Bekenu

RABU, 24 MAC 2021

BEKENU: Sebanyak 7 cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diserahkan kepada Tuai Rumah dan satu lagi cek yang merupakan peruntukan dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah diserahkan kepada Gereja St. John Chapel Saeh Putih, Niah yang diwakili Tuai Rumah Nelson Ningkan dengan keseluruhannya bernilai RM128,000. 

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak yang merupakan Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu telah menyerahkan cek tersebut di Pejabat Pusat Khidmat DUN Bekenu pada Selasa. 

Majlis ringkas ini diadakan sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM). 

Bagi Tuai Rumah Nelson Ningkan yang mewakili Gereja St. John Chapel Saeh Putih, Niah mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak khususnya UNIFOR atas peruntukan ini bagi melaksanakan projek baik pulih gereja ini. 

“Saya berasa gembira kerana telah menerima cek ini bagi pihak Gereja St. John Chapel Saeh Putih dan berharap selepas ini semua projek ini berjalan dengan lancar,” katanya. 

Sementara itu, bagi Tuai Rumah Untol Ibit dari Bukit Pasir Sungai Saeh Merah mengucaplan terima kasih kepada Datuk Rosey di atas peruntukan MRP untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 

“Terima kasih kepada Datuk Rosey di atas pemberian peruntukan MRP ini dan akan digunakan dengan sebaik mungkin untuk keperluan aktiviti JKKK,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment