Taklimat Penubuhan SABERKAS Cawangan Balai Ringin

RABU, 24 MAC 2021

BALAI RINGIN: Lima ahli Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) telah dilantik bagi Cawangan Balai Ringin.

Mereka terdiri daripada ketua kampung di tiga zon iaitu Daerah Serian, Simunjan dan Pantu (Sri Aman) dan telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa sementara keahliannya akan didaftarkan kemudian.

Taklimat penubuhan SABERKAS bagi DUN Balai Ringin itu telah dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan Korporat SABERKAS, Aymer Cedrick Masek, Penolong Unit Pengurusan Korporat SABERKAS, Zamuri Bojeng dan Setiausaha Eksekutif SABERKAS, Iszuwan Haroni.

SABERKAS cawangan mula ditubuhkan pada awal tahun 2011 selepas Pindaan Perlembagaan dibuat pada mesyuarat Agung luar Biasa Disember 2010 dan seterusnya mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara.

Sehubungan itu, semua SABERKAS Daerah telah dibubarkan dan digantikan dengan SABERKAS Cawangan mengikut persempadanan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Objektif penubuhan SABERKAS ialah untuk menanam perasaan berbakti dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada ahli-ahli terhadap Malaysia.

Antara lain bagi menyatupadukan belia-belia pelbagai kaum dan mengembelingkan tenaga mereka untuk pembangunan negara dengan penuh kesetiaan dan semangat berbakti. -EDISI UKAS

Share

add comment