Bazaar Ramadhan Dibenarkan Beroperasi 12 April hingga 12 Mei 2021

KHAMIS, 25 MAC 2021

KUCHING : Bazaar Ramadhan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan bermula 12 April hingga 12 Mei 2021,mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Demikian, berdasarkan kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Khamis.

Namun begitu, setiap premis dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) terlebih dahulu, sebelum memulakan operasi.

Disamping, semua pekerja dan pengusaha harus menjalani ujian swab RT-PCR dengan keputusan negatif COVID-19.

Pemeriksaan berkala akan dilaksanakan untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi.

SOP boleh diperolehi dari laman web kementerian kerajaan tempatan dan perumahan sarawak (http://mlgh.sarawak.gov.my). -EDISI UKAS

Share

add comment