Dua Selamat, Seorang Lagi Maut Selepas Tertimbus Ketika Melombong Emas Di Gunung Tabai, Bau

KHAMIS, 25 MAC 2021

BAU: Dua orang selamat manakala seorang lagi maut selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Tabai, Bau pada Rabu. 

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khiruddin Drahman, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan termasuk usaha untuk mengeluarkan mangsa.

“Keadaan sangat bahaya dan berisiko selepas mengambil kira struktur lombong yang rapuh.

“Pada kedalaman kira-kira 92 meter, ia memang menyukarkan operasi mengeluarkan mangsa dan keadaan yang sempit juga membataskan pergerakan keluar dan masuk,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Mangsa Mat Tapa, 25, bersama dua orang rakan sekampung telah pergi ke kawasan lombong untuk menggali emas sekitar jam 5.30 pagi Selasa.

Tambah Khiruddin, pasukan SAR telah menggunakan pelbagai kaedah termasuk membuka laluan selamat untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap runtuhan bongkah batu dan tanah. -EDISI UKAS

Share

add comment