Inovasi JTS Sarawak Menang Pingat Emas MTE 2021

KHAMIS, 25 MAC 2021

KUCHING : Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah memenangi pingat emas melalui projek Rural Transformation Project (RTP) Smart pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2021 dalam kategori Public Service Innovation Award (PSIA).

Projek RTP Smart yang dibangunkan oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Lands Tahai-Q dari Limbang itu turut diberi pengiktirafan antarabangsa apabila menerima Anugerah Khas Japan Intellectual Property Association (JIPA).

Turut dipertandingkan melalui projek inovasi JTS dan memenangi pingat perak PSIA, ialah Innovation Umbrella On-Site (INUOS) yang direka oleh Kumpulan Innotech Q9 dari Bintulu.

MTE 2021 merupakan platform bagi para penggiat inovasi dan kreativiti yang terdiri daripada organisasi perkhidmatan awam, syarikat pengeluaran dan firma teknologi, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan peringkat sekolah untuk mempamerkan inovasi mereka kepada umum.

Selain projek dari JTS, lima lagi projek inovasi dari organisasi lain turut menerima pingat emas, 10 organisasi menerima Pingat Perak dan sembilan organisasi menerima Pingat Gangsa.

JTS adalah satu-satunya agensi pentadbiran tanah yang menyertai MTE 2021 dengan komitmen untuk sentiasa menambahbaik perkhidmatan JTS kepada rakyat secara berterusan selain memperkenalkan inovasi yang digunapakai oleh JTS dalam perkhidmatan awam. -EDISI UKAS

Share

add comment