Penduduk Gerigat Mula Nikmati Bekalan Air Bersih

KHAMIS, 25 MAC 2021

GERIGAT : Penduduk di kawasan Gerigat mula menikmati bekalan air bersih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohamad Chee Kadir yang meninjau sendiri keadaan di Kampung Gerigat pada Rabu berkata, sungguhpun masih lagi menggunakan pam air, namun penduduk tetap kelihatan teruja dan bersyukur.

Katanya, saluran paip yang dibuat di simpang Nyabor tempoh hari pula masih dalam peringkat penambahbaikan.

Sejurus selepas itu, beliau berkesempatan menghadiri Majlis Jamuan Tengah Hari anjuran Persatuan Nelayan kawasan Kabong dan Gerigat.

Hadir sama, Pengurus PNK Kabong,Sahariya Tahot, Pengerusi PNK Kabong,Darmizan Daud serta Pengerusi PNK Gerigat, Abg Ahmad Abg Resdi. -EDISI UKAS

Share

add comment