RM1.15 Juta Bina Stadium Perkasa Sukan Bola Keranjang Sarikei

KHAMIS, 25 MAC 2021

SARIKEI: Sebanyak RM1.15 juta telah diperuntukan bagi membina Stadium Bola Keranjang di Meranti, Sarikei.

Peruntukan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato’ Sri Huang Tiong Sii itu terbahagi kepada RTP 2018 dan RTP 2020 masing-masing berjumlah RM500,000.

Manakala RTP 2021, peruntukan projek ditambah RM150,000.

Dato’ Sri Huang yang meluangkan masa meninjau perkembangan projek pada Rabu berkata, pelaksanaan projek tersebut sebagai usaha memperkasakan sukan bola keranjang bahagian Sarikei.

Tambahnya, siapnya projek tersebut membolehkan Persatuan Bola Keranjang Bahagian Sarikei akan memiliki kemudahan stadium tertutup yang dijangka disiapkan dalam masa terdekat.-EDISI UKAS

Share

add comment