SABATI Serah 50,000 Pelitup Muka kepada 21 NGO dan Rumah Kebajikan Sarawak

KHAMIS, 25 MAC 2021

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) telah mengagihkan 50,000 pelitup muka kepada 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan rumah kebajikan di Sarawak.

Bantuan 48,000 hasil pemberian daripada Kedutaan China di Kuching sebelum ini serta tambahan 2,000 pelitup muka daripada SABATI itu disampaikan oleh Pengerusi SABATI, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di pejabatnya, Wisma Sultan Tengah pada Khamis.

Antara penerima sumbangan tersebut ialah Sarawak Society For The Deaf, Sarawak Cheshire Home, Sarawak Hum Nan Siang Tng, Salvation Army Boy’s Home, Salvation Army Girl’s Home, Pink Ribbon Sarawak, Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Kuching, PERYATIM Sibu, PERYATIM Bintulu, PERYATIM Miri dan Hospital Umum Sarawak.

Turut menerima sumbangan itu Pusat Jantung Sarawak, Hospital Sentosa, Kuching Autistic Association, Rumah Seri Kenangan Kuching, Taman Seri Puteri Kuching, Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Dyslexia Association Of Sarawak, Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA) dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

Ketika ditemui, rata-rata penerima menzahirkan penghargaan di atas sumbangan dan usaha SABATI yang sentiasa aktif dalam membantu rakyat khususnya dalam membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 di negeri ini. – EDISI UKAS

Share

add comment