18 Orang Penduduk Rumah Sulang Terima Bakul Makanan

JUMAAT, 26 MAC 2021

SUBIS: Seramai 18 orang penduduk Rumah Sulang yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah menerima bantuan makanan. 

Bantuan ini telah merupakan sumbangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Subis dan diserahkan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis James Jam Jolly bersama Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Niah Fazly di Perkampungan Iban Kampung Iran pada Jumaat. 

Mereka menjalani kuarantin kendiri bermula 19 Mac hingga 2 April 2021 sebagai langkah memutuskan penularan COVID-19 di kalangan kontak rapat dan menunggu keputusan ujian calitan kali kedua. -EDISI UKAS

Share

add comment