23 KIR Kampung Long Sepangeh Terima Bantuan Atap

JUMAAT, 26 MAC 2021

LIMBANG: Seramai 23 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Long Sepangeh menerima bantuan atap yang disumbang Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Malaysia Limbang Datuk Hasbi Habibollah. 

Majlis penyerahan atap itu telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang kepada Ketua Kampung Long Sepangeh Thomas Raga pada Khamis. 

Peruntukan atap ini merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Persekutuan.

Selepas penyerahan atap, Paulus telah berkesempatan meninjau dan melihat sendiri projek Pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Long Sepangeh yang masih belum siap.

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda PBB Batu Danau Elvis Mathew Bungsu, Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang Jangan Bakar dan Pegawai Khas ADUN Batu Danau Jimmy Ngindang Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment