ADUN Batu Danau Tinjau Rumah Penerima Bantuan PPRMS

JUMAAT, 26 MAC 2021

LIMBANG: Projek Perumahan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk baik pulih rumah. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah berkesempatan meninjau dan melawat rumah salah seorang penerima bantuan PPRMS Belali Punchak, 70 tahun di Kampung Belimbing Melugus pada Rabu. 

Lawatan ini bertujuan melihat dan menilai kondisi rumah pemohon sebelum proses kelulusan dilakukan. 

Ini bagi memastikan mereka yang benar-benar layak menerima bantuan ini akan diberikan kemudahan untuk baik pulih rumah. 

Kelulusan PPRMS ini adalah berdasarkan kepada mereka yang memiliki kediaman atau rumah yang uzur dan daif serta tidak selamat didiami.

Hadir sama Ketua Pemuda PBB DUN Batu Danau Kaunselor Elvis Mathew Bungsu, Timbalan Pengerusi SADIA Pampang Limbang Jangan Bakar dan Pegawai Khas ADUN Batu Danau Jimmy Ngindang Bau. -EDISI UKAS

Share

add comment