ADUN Kabong Hulur Bantuan Kepada Golongan Memerlukan

JUMAAT, 26 MAC 2021

KABONG: Kebajikan golongan memerlukan sentiasa diberikan perhatian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir.

Terbaru, beliau telah menyantuni seramai 16 penduduk di kawasan DUN Kabong yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Bantuan perubatan tersebut telah diserahkan Pemangku Ketua Wanita PBB Cawangan N.40 Kabong, Normah Ahmadi dalam program dilaksanakan bersama Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.40 Kabong pada Khamis. – EDISI UKAS

Share

add comment