Jawatankuasa PBB Cawangan Kabong Turun Padang Santuni Golongan Memerlukan

JUMAAT, 26 MAC 2021

KABONG: PBB Kabong menerusi Jawatankuasa PBB Cawangan N.40 Kabong dengan kerjasama Family W Supermarket turun padang menyantuni insan yang memerlukan di sekitar DUN Kabong.

Sebanyak 30 bakul makanan telah diedarkan kepada golongan sasar di sekitar Kabong, Ulu Roban, Empayang, Gerigat, Nyabor Sessang dan juga Emplam bermula sejak pertengahan Mac lalu.

Sebelum ini, Pergerakan PEMUDA PBB juga telah mengedarkan bantuan yang sama menerusi Program Njengok Kitak, dan Pergerakan Wanita menyalurkan bantuan yang sama menerusi Program Ziarah Kasih: Kita Sayang.

Menurut Pengarah Program merangkap Timbalan Ketua Cawangan Kabong, Alwie Sapali, ADUN Kabong Mohd Chee Kadir menerusi Jawatankuasa Induk, Pergerakan PEMUDA dan Pergerakan Wanita akan terus mempergiatkan usaha murni sebegini dan bukannya atas faktor menjelang pilihan raya negeri sahaja.  

Beliau turut menyatakan agihan-agihan bantuan makanan ini tidak dilakukan secara pilih kasih tetapi diberikan atas sebab kelayakan mengikut kriteria yang dipersetujui jawatankuasa.

Dalam pada itu, Alwie Juga menyatakan usaha sebegini juga adalah usaha PBB Cawangan Kabong mendekati penduduk selain menerangkan serta memaklumkan usaha Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar terus dekat dan menjadi pilihan rakyat Sarawak. – EDISI UKAS

Share

add comment