Lawatan Tapak Projek SARES Di Rumah Nyalih, Julau

JUMAAT, 26 MAC 2021

JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin telah membuat lawatan ke tapak Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) di Rumah Nyalih Masil, Lepong Bilat, Sungai Mujok, Julau pada Khamis.

Tujuan lawatan adalah bagi meninjau lokasi fasa enam projek SARES itu untuk menentukan lokasi Stesen Janakuasa Solar di kawasan tersebut.

Sementara itu, Rolland Duat memberitahu, projek SARES telah dilaksanakan di 24 buah rumah panjang daerah Julau dan seterusnya Rumah Nyalih adalah pelaksanaan projek yang ke 25.

“Jika semua projek pembekalan elektrik tersebut siap sepenuhnya nanti, maka rumah panjang dan kampung di daerah Julau 100 peratus sudah menerima bekalan eletrik 24jam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu agar semua pihak bekerjasama semasa pelaksanaan projek tersebut dijalankan nanti. –EDISI UKAS

Share

add comment