NRDA Serah Enjin Sangkut Kepada 28 Orang Penerima Dari Zon Bandar Lawas

JUMAAT, 26 MAC 2021

LAWAS: Seramai 28 orang penerima dari Zon Bandar Lawas menerima enjin sangkut berkuasa kuda 15h daripada Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) pada Khamis. 

Majlis penyerahan telah disempurnakan wakil NRDA kepada 28 orang penerima di perkarangan Pejabat Daerah Lawas. 

Antara penerima enjin sangkut ini dari Kampung Seberang Kedai Lawas, Kampung Surabaya, Kampung Kerangan, Kampung Ladang Baru, Kampung Lugon, RKB, Kampung Bangkatan dan Kampung Pettarikan. 

Ini merupakan penyerahan Bantuan Enjin Sangkut Fasa Pertama, Kali Ke 8 di bawah NRDA Tahun 2021. 

Sementara itu, bagi penerima Ketua Kampung Mohd Kalip Abdullah dari Kampung Serdang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan NDRA di atas bantuan sumbangan enjin sangkut ini. 

“Bantuan enjin sangkut ini amat bermakna kepada kami yang bekerja sebagai nelayan untuk meneruskan usaha mencari rezeki. 

“Bantuan ini juga sekaligus meringankan tanggungan kami dalam memperbaiki kehidupan sekeluarga,” katanya. 

Bagi Wahap Maidi dari Kampung Seberang Kedai Lawas, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari atas inisiatifnya membantu kami sebagai nelayan untuk mencari rezeki. 

“Atas inisiatif Datuk Amar Awang Tengah, hari ini (Khamis) menerima bantuan enjin sangkut yang sangat diperlukan untuk ke laut mencari rezeki. 

“Kami akan menjaga sebaik-baiknya bantuan enjin ini dan menggunakannya untuk meneruskan usaha mencari rezeki,” ujarnya. -EDISI UKAS

Share

add comment