Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Cegah COVID-19

JUMAAT, 26 MAC 2021

SEBUYAU: Dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19, Majlis Daerah Simunjan (MDS) mengambil inisiatif mengadakan ceramah pembudayaan norma baharu dalam komuniti.

MDS bersama agensi kerajaan yang bertindak sebagai pasukan barisan hadapan turut menekankan pelaksanaan ‘CAPP’, iaitu Cegah, Amal, Patuh dan Pantau kepada komuniti bagi memperkasakan Program Pengurangan Risiko Daerah (DRRP) COVID-19.

Ceramah yang diadakan di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Khamis itu menyasarkan individu, keluarga dan komuniti dalam mencegah penularan COVID-19.

Ia sekaligus meningkatkan kesedaran komuniti di kawasan Simunjan dan Sebuyau tentang tanggungjawab masing-masing untuk membendung gelombang wabak COVID-19.

Selain mengadakan ceramah kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK), pihak MDS juga menyediakan kursus galakan transaksi tanpa tunai menggunakan aplikasi Sarawak Pay. -EDISI UKAS

Share

add comment