Projek RTP, UNIFOR Penting Untuk Pembangunan Kawasan Luar Bandar

JUMAAT, 26 MAC 2021

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada Jumaat telah meninjau beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) DUN Meradong yang akan dilaksanakan di sekitar Bintangor.

Menurut Datuk Ding, projek RTP dan UNIFOR telah banyak membantu menyelesaikan pembangunan infrastruktur di luar bandar dalam aspek menaiktaraf prasarana rumah panjang, gereja dan sekolah.

Tambah beliau, pelaksanaan Projek RTP dan peruntukan UNIFOR akan dilaksanakan mengikut dana yang telah diluluskan oleh Kerajaan Sarawak mengikut prasarana dicadangkan.

Sehubungn itu, beliau amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah meluluskan dana untuk membolehkan projek tersebut dilaksanakan untuk manfaat rakyat di kawasan itu kelak.

Senarai projek beserta kos pelaksanaannya adalah naiktaraf prasarana IPG Kampus Rajang Bintangor, jumlah kos projek: RM500,000; meratakan tapak tanah rumah baharu Rumah David Nyalin, Tanah Putih, jumlah kos projek: RM100,000; naiktaraf prasarana SK Tanah Putih Dan Rumah Jana, Tanah Putih, jumlah kos projek: RM100,000 dan naiktaraf prasarana Wan Fu Tak Teck Methodist Church Sg Petai melalui kelulusan UNIFOR oleh Kerajaan Sarawak, jumlah kos projek: RM300,000. – EDISI UKAS

Share

add comment