Projek Tebingan Sungai Kampung Tebedu Mawang Kini Siap 85 Peratus

JUMAAT, 26 MAC 2021

TEBEDU: Pembinaan Projek Tebingan Sungai Kampung Tebedu Mawang yang bermula tiga bulan lepas kini mencapai status 85 peratus siap.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang menelan belanja sebanyak RM100,000 itu dijangka siap dalam dua minggu lagi.

Menurut Ketua Kampung Tebedu Mawang, Impur Niyun, projek tersebut adalah hasil usaha Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Projek berkenaan dibangunkan untuk menghalang tebingan sungai tersebut terus mengalami hakisan setiap musim banjir.

Apabila siapnya projek itu kelak, ia pasti akan memberi jaminan keselamatan kepada penduduk kampung sekiranya kejadian hakisan berulang. -EDISI UKAS

Share

add comment