Segera Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19 – Datuk Rosey

JUMAAT, 26 MAC 2021

KUCHING: Orang ramai khususnya mereka yang belum lagi mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 digesa segera berbuat demikian dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19. 

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus berkata, masih belum terlambat untuk berbuat demikian kerana permohonan untuk menerima vaksin COVID-19 masih lagi dibuka. 

“Segeralah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi melindungi diri , keluarga dan orang lain. 

“Selain mendaftar di aplikasi MySejahtera, orang ramai boleh mendaftar di Pejabat Daerah masing-masing dan klinik kesihatan terdekat,” katanya semasa ditemui selepas menerima vaksin COVID-19 dos kedua di Pusat Jantung Samarahan pada Jumaat. -EDISI UKAS

Share

add comment