25 Penduduk Terima Pampasan Berjumlah RM147,476.40

SABTU, 27 MAC 2021

TELANG USAN: Seramai 25 orang penduduk menerima pampasan berjumlah RM147,476.40 yang terkesan mengakibatkan kerosakan tanaman berikutan pembinaan jalan oleh Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dari Simpang Temala ke Kampung Uma Akeh, Baram.

Cek telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau kepada 25 orang penerima dalam satu majlis yang didakan di Pejabat Daerah Telang Usan pada Jumaat. 

Hadir sama Pengarah HDA Samuel Belawan dan Pejabat Daerah Telang Usan SAO Nurhidayah Hasbullah. -EDISI UKAS

Share

add comment