ADUN Kakus Lawat 4 Tapak Projek RTP, Tinjau Sendiri Permohonan Tuai Rumah Lium

SABTU, 27 MAC 2021

SELANGAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai telah mengadakan tinjauan ke empat buat tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan meninjau sebuah rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada Jumaat. 

Beliau bersama Pegawai Tadbir Daerah Selangau Anyie Awing dan dua pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengadakan lawatan ke Rumah Steven Ansi, Lubok Bukut Selangau bagi meninjau Tapak Projek RTP Projek Letak Kereta. 

Selepas itu, Datuk John Sikie melawat ke Tapak Projek RTP Merata Tapak Rh Jatan, Sungai Tau, Selangau. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus meneruskan lawatan ke dua buah rumah panjang di Selangau bagi meninjau tapak menaik taraf Jalan Rumah Ramba, Jematan Arip dan Rumah Sulang, Batu 88, Jalan Tatau. 

Keempat-empat Projek RTP itu menggunakan peruntukan RTP Tahun 2021. 

Dalam lawatan itu juga, Datuk John Sikie turut melawat dan meninjau sendiri permohonan Tuai Rumah Lium untuk menembok tanah di tapak Rumah Panjang Lium, Jalan SK Iban Union, Sungai Arip. -EDISI UKAS

Share

add comment