COVID-19 : Kluster Baharu Dikesan Di Miri, Samarahan Dan Bintulu

SABTU, 27 MAC 2021

KUCHING : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu mengisytiharkan terdapat tiga (3) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gridbid Miri, Kluster Kampung Baru Hilir Samarahan dan Kluster Jalan Tanjung Kidurong Bintulu.

Kluster baharu di Miri merupakan seorang pengusaha ladang sawit,71 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Miri setelah menghadiri majlis sosial (miring) yang di Kampung Pasir, Miri.

Kluster baharu di Samarahan pula merupakan seorang buruh binaan, 65 tahun yang juga dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Sadong Jaya setelah mengunjungi Daerah Miri atas urusan kerja.

Seterusnya, kluster baharu di Bintulu merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Sungai Tisang, juga dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Bintulu.

Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan  kluster yang masih aktif setakat ini adalah 36. -EDISI UKAS

Share

add comment