COVID:19: Kluster Baharu Diisytihar Di Miri Dan Serian

JUMAAT, 26 MAC 2021

KUCHING : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan medianya pada Jumaat mengisytiharkan terdapat dua (2) kluster baharu dikesan iaitu Kluster Lorong Desa Senadin, Miri dan Kluster Batu Gong, Serian, meningkatkan jumlah keseluruhan yang masih aktif setakat ini kepada 33 kluster.

Kluster baharu di Miri itu telah dikesan melibatkan seorang pelatih di pusat latihan maritim Lorong Desa Senadin, Lutong.

Manakala di Serian, melibatkan individu di sebuah penempatan Kampung Batu Gong, Daerah Kecil Siburan.

Kedua-dua kluster tersebut masing-masing dikesan melalui saringan individu bergejala. -EDISI UKAS

Share

add comment