JKM Hulurkan Bantuan Makanan Kepada Penduduk Rumah Nyanau

SABTU, 27 MAC 2021

TATAU: Pelaksanaan Active Case Detection (ACD) di Rumah Panjang Nyanau, Sungai Sap telah menyebabkan penduduknya terpaksa dikuarantin selama dua minggu bermula 25 Mac 2021. 

Ini menyebabkan penduduknya tidak dibenarkan keluar rumah dan dikuarantin bagi membolehkan pengesanan kes COVID-19.

Sebanyak 22 pek bantuan makanan telah diagihkan kepada 7 pintu penduduk Rumah Nyanau yang disumbangkan Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) Bahagian Bintulu pada Jumaat.

Hadir sama wakil dari JKM Bahagian Bintulu Jelia Jemat. -EDISI UKAS

Share

add comment