Mural Bermotifkan Dalat Tiles Dan Terendak Di Waterfront Dalat Bakal Jadi Tarikan Pengunjung

SABTU, 27 MAC 2021

DALAT: Mural yang bermotifkan Dalat Tiles dan terendak di Waterfront Dalat bakal menjadi satu lagi produk pelancongan di daerah itu.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato’ Sri Fatimah Abdullah, telah meninjau sendiri proses menceriakan Waterfront Dalat tersebut yang mana mural itu telah dihasilkan oleh artis mural, Mikerona Isu serta dibantu oleh rakan-rakan belia Kampung Tanam, Dalat.

Mikerona ketika ditemui memberitahu, motif mural tersebut yang merupakan idea Dato’ Sri Fatimah telah dimulakan sejak dua minggu yang lepas.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan para pengunjung Dalat Waterfront untuk bersama-sama menikmati dan menjauhi vandalisma.

Sementara itu, Pengerusi Badan Pengurusan Dalat Waterfront, Kaunselor Abdul Halim Hamdian ketika ditemui merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato Sri Fatimah atas inisiatif beliau itu dan artis-artis yang terlibat di dalam membuat mural tersebut.

Beliau turut menasihati para pengunjung untuk bersama-sama menjaga fasiliti yang telah disediakan kerana ia merupakan identiti di daerah Dalat.-EDISI UKAS

Share

add comment