Pejabat Baru PERKIM Cawangan Oya/Dalat Siap November 2021

SABTU, 27 MAC 2021

DALAT: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Oya/Dalat bakal memiliki pejabat apabila ia siap pada November 2021.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, pejabat baru itu terletak di tingkat satu Bangunan Galeri Warisan Melanau Oya.

ADUN Dalat itu berkata pejabat itu kelak dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik mesyuarat, pantri, galeri dan Busana Melanau.

Bercakap semasa Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan Oya/Dalat di Dewan Masyarakat Dalat pada Sabtu, Dato Sri Fatimah turut mengingatkan ahli PERKIM mendaftarkan diri untuk vaksinasi memandangkan Sarawak memerlukan 80 peratus penduduknya divaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok.

Selan itu, Ahli PERKIM juga disarankan untuk membuat persiapan dari segi fizikal dan spiritual, bersedia untuk melipat ganda amal ibadah dan kebajikan menjelang bulan Ramadan.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) termasuk RM10,000 untuk aktiviti PERKIM Dalat/Oya, JKKK Kampung Sungai Kut Muara, Pengerusi JK Majlis KM/KK Daerah Kecil Oya, bantuan baikpulih rumah Fauziah Simi dan rumah Priscilla Joklin.

Turut disampaikan sumbangan Jawatankuasa Pendidikan Daerah Dalat kepada Muhammad Nur Syafiq Wong Muhammad Nur Amirul Iskandar Wong (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Qamarul Arifin Mohd Jaafar (Sekolah Menengah Sains Miri). – EDISI UKAS

Share

add comment