Pelanjutan PKPB Di Sarawak, PKPD Di Kampung Chupak Dan Kampung Batu Gong Serian

JUMAAT, 26 MAC 2021

KUCHING : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan lagi, berkuatkuasa 30 Mac 2021 sehingga 12 April 2021.

Demikian berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan medianya pada Jumaat.

Turut dimaklumkan, Kampung Chupak, Serian dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 25 Mac 2021 sehingga 7 April 2021.

Manakala, Kampung Batu Gong, Serian juga dikenakan PKPD berkuatkuasa mulai 26 Mac 2021 sehingga 8 April 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment