SABTU, 27 MAC 2021
SRI AMAN: Rakyat di negeri ini perlu menjaga kebersihan sungai kerana air yang tercemar oleh memberi kesan negatif kepada kehidupan.
Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berkata, penyebaran informasi mengenai kesedaran melindungi sungai daripada tercemar perlu diperhebatkan lagi di peringkat sekolah.
Jelas beliau, menjaga kualiti air adalah tanggungjawab segenap lapisan masyarakat untuk memastikan sumber air terpelihara bagi generasi masa depan.
Berucap ringkas semasa sambutan Hari Air Sedunia 2021 pada Sabtu, beliau menambah, Hari Air Sedunia disambut 22 Mac setiap tahun sebagai tanda betapa pentingnya air kepada kehidupan di muka bumi terutama kehidupan manusia.
Tambahnya, tanpa air adalah mustahil untuk meneruskan kehidupan harian.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee. -EDISI UKAS