Pendaftaran Pekerja Untuk Program Vaksinasi COVID-19 Perlu Dihantar Sebelum 12 April 2021

SABTU, 27 MAC 2021

KUCHING : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan medianya pada Sabtu memaklumkan keputusan mengenai pendaftaran pekerja untuk Program Vaksinasi COVID-19.

Jelas kenyataan itu, semua majikan termasuk dari sektor perkhidmatan, perhotelan, pembinaan, pembuatan dan perladangan harus mendaftarkan senarai nama pekerja mereka kepada Pejabat Residen Bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment