Penduduk Sungai Plan Flat (Blok B) Terima Bantuan Makanan

SABTU, 27 MAC 2021

BINTULU: Seramai 244 orang penduduk di Sungai Plan Flat (Blok B) yang dikenakan kuarantin menerima bantuan makanan. 

Mereka telah diarahkan menjalani perintah kuarantin bermula 24 Mac selama dua minggu ekoran daripada adanya kontak rapat dengan pesakit COVID-19 sebelum ini. 

Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Samalaju telah menyerahkan bantuan makanan kepada penduduk terlibat pada Jumaat.

Hadir sama wakil Pusat Khidmat DUN N70 Samalaju Thomas Nyaring dan Pegawai JKM Bahagian Bintulu Sebai Sumbang. -EDISI UKAS

Share

add comment