Petugas Barisan Hadapan Bahagian Miri Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

SABTU, 27 MAC 2021

MIRI: Petugas Barisan Hadapan yang membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Bukan-KKM di Bahagian Miri menerima suntukan vaksin COVID-19 dos kedua di Dewan Eastwood pada Sabtu. 

Dalam kenyataan media Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin pada Sabtu, beliau memberitahu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer pada jam 2.55 petang. 

Selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua dan dipantau, Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak kemudian meninjau keadaan di Dewan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). 

“Turut menerima vaksin COVID-19 dos kedua ialah Menteri Muda Pelancongan dan Kesenian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Lambir Ripin Lamat, ADUN Kabong Mohd Chee Kadir, Ahli Dewan Negara Senator Dr Nuing Jeluing dan Senator Alan Ling Sie Kiong,” katanya. 

Di lokasi yang sama, turut menerima vaksin COVID-19 dos kedua ialah Pengerusi JPBB Miri merangkap Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang, Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri Morshidi Fredrick, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr P. Raviwharmman A/L Packierisamy dan Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong Siew Yu. 

Manakala, Barisan Hadapan lain yang terdiri dariapda pegawai Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) MIri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri, Jabatan Kastam Malaysia (JKM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Pasukan Gerakan Am Miri/Bintulu dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Miri. -EDISI UKAS

Share

add comment