RELA Kabong Persiap Ahli Dengan Pelbagai Pengetahuan

SABTU, 27 MAC 2021

KABONG: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cawangan Kabong terus komited dalam mempersiapkan setiap ahli RELA Kabong dengan pengetahuan yang luas.

Menurut Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir, langkah itu selaras dengan misi RELA Malaysia iaitu Peneraju Kesularelawan Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

Katanya, RELA mempunyai peranan yang besar dalam mengisi makna sebuah negara maju yang diimpikan semua rakyat.

Bercakap mewakili ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir semasa Majlis Penutupan Kursus Pengenalan RELA Siri 1/21 di Pusat Khidmat ADUN Kabong pada Sabtu, beliau berkata peranan RELA di Kabong tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi semasa penularan wabak COVID-19.

Jelasnya, petugas barisan hadapan itu tidak memilih siang atau malam, hujan mahupun panas namun tetap setia berkhidmat untuk masyarakat awam seiring dengan slogan yang dipegang mereka iaitu Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat.

Hadir sama ialah Pegawai RELA Daerah Saratok Ali Sadikin Joni, Timbalan Pegawai RELA Daerah Saratok Daimen Franky Akang, Pegawai Latih & Lojistik RELA Daerah Saratok Debra Simba Jabat, Ketua Perhubungan RELA Kabong Melati Buang dan hampir 50 anggota RELA Kabong.

Program bermula seawal jam 8 pagi itu diselitkan dengan pelbagai slot dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. – EDISI UKAS

Share

add comment