SABTU, 27 MAC 2021
LINGGA : Sebanyak 236 risalah berhubung vaksinasi COVID-19 telah diedarkan di dua buah kampung dan sebuah rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, setakat Jumaat.
Risalah telah diagihkan kepada Ketua Kaum untuk di serahkan ke setiap pintu rumah dibawah bidang kuasa mahupun pentadbiran masing-masing, disamping kepada Pejabat Daerah Kecil Lingga untuk diedar kepada penduduk sekitar Pekan Lingga.
Ia merupakan salah satu kempen kesedaran serta makluman kepada masyarakat sekitar mengenai pentingnya vaksinasi COVID-19 untuk melindungi diri sendiri, keluarga serta masyarakat.-EDISI UKAS
Share