Undang-Undang Dan Integriti Dicadang Jadi Mata Pelajaran Wajib Di Sekolah

SABTU, 27 MAC 2021

KUCHING : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak dengan kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Jabatan Ketua Menteri pada Sabtu telah mengadakan Seminar Integriti Belia Sarawak 2021 dalam versi atas talian.

Menurut Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti & Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, penganjuran program bertujuan menghimpunkan ramai belia di negeri ini untuk berkongsi maklumat dan ilmu baharu disamping menjadi agen pembudayaan amalan integriti.

Menerusi seminar itu,antara cadangan yang dibincangkan adalah untuk memperkenalkan subjek undang-undang dan integriti sebagai mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar.

Jelas Datuk Talip, kerajaan perlu memperkasakan mata pelajaran berkenaan bagi melahirkan generasi beretika yang mampu mengadapi cabaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan datang.

Tambahnya, pendedahan terhadap subjek ini akan membuat pelajar lebih memahami pengertian undang-undang dan seterusnya membantu pengurusan sekolah mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. -EDISI UKAS

Share

add comment