Warga Kabong Digesa Daftar Program Vaksinasi COVID-19

SABTU, 27 MAC 2021

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir mengulangi seruannya kepada penduduk di kawasan DUN Kabong untuk mendaftar program vaksinasi COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera atau dengan menghubungi ketua masyarakat atau tuai rumah masing-masing.

Katanya, gesaan itu dibuat memandangkan peratusan pendaftaran vaksinasi masih rendah di kawasan DUN Kabong.

Jelas Mohd Chee, program vaksinasi merupakan usaha baik pihak kerajaan dalam mencegah jangkitan pandemik tersebut sambil menambah rakyat perlu yakin untuk mengambil suntikan berkenaan kerana ianya terbukti berkesan dan selamat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 bertempat di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Eastwood Miri pada Sabtu. – EDISI UKAS

Share

add comment