ADUN Pakan Ajak Masyarakat Terus Hargai, Jaga Sungai

AHAD, 28 MAC 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom mengajak rakyat masyarakat terus menghargai dan menjaga kebersihan sungai sempena Hari Air Sedunia.

Ujarnya, peranan masing-masing sangat penting terutamanya dari aspek mengekalkan kebersihan sungai dan perlu menjadikannya sebagai tanggungjawab bersama.

“Sambutan Hari Air Sedunia memberi kita kesedaran untuk kita melihat kembali peranan sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dalam menjaga sungai,” katanya.

Bercakap semasa merasmikan sambutan Hari Air Sedunia di Rumah Nyuka, Ulu Sarikei pada Sabtu, beliau juga menambah, kepentingan sungai perlu dilihat secara menyeluruh termasuk aspek pembangunan dan industri pelancongan.

“Kita perlu melihat kepentingan sungai dari sudut lain yang bukan sahaja sebagai sumber air malah penting kepada pembangunan dan juga pelancongan.

“Contohnya Sungai Ruan di Ulu Sarikei menjadi tarikan pelancong dengan keindahan alam semula jadinya dan sekaligus memberi manfaat besar kepada penduduk untuk meningkatkan sumber pendapatan,” tambahnya. -EDISI UKAS

Share

add comment